RAWATAN RESDUNG - PETALING JAYA

Pusat rawatan terletak dihadapan Masjid Jumhuriyah Taman Dato' Harun Petaling Jaya. SILA SEARCH DI GOOGLE MAPS TYPE <bekam sunnah>

APAKAH RESDUNG(SINUSITIS)



Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis. 

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut. 

Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan. 

Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?

Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur. 

Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan. 
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik. 

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus


Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung. 

GEJALA RESDUNG(SINUSITIS)

• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya 

KEMUDRATAN RESDUNG(SINUSITIS)

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

JENIS RESDUNG(SINUSITIS)

* Akut
* Kronik

AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. 

Antara ciri-cirinya ialah :


* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK

Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk 
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat. 
• Kerap bersin pada waktu pagi 
• Ada kalanya hidung tersumbat 
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah 
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala 
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling. 

INDIVIDU BERISIKO

* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus. 

KOMPLIKASI

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.


* Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.


* Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Pencegahan

• Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan 
• Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar. 
• Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis. 
• Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung. 

Penjagaan Diri

• Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam. 
• Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda. 
• Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini. 
• Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus. 
• Berehatlah secukupnya. 
Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan. 

BERJUMPALAH PAKAR RESDUNG NURUL SUNNAH DI PETALING JAYA TAMAN DATUK HARUN EN. ZALI 012 346 3416 JIKA...

Kadangkala begitu sukar untuk mendiagnoskan Sinusitis kerana simptomnya hampir seakan-akan sama dengan simptom selema dan alahan. Anda perlu menilai semula dan memastikan tanda-tanda dan simptomnya. Anda perlu berjumpa Perawat NURUL SUNNAH, jika:

• anda mendapat lebih dari 3 kali serangan Sinusitis. 
• simptom selesema anda berpanjangan sehingga melebihi dari 10 hingga 14 hari atau semakin lama semakin teruk 
• mendapat sakit kepala yang kuat, berbeza dengan yang pernah anda alami dan tidak dapat hilang dengan ubat analgesik yang anda biasa belikan. 7 tekanan di bahagian muka. 
• terdapatnya hingus yang berwarna kuning-kehijauan atau bercampur darah. 
• Demam dan batuk 
• Kesesakan hidung atau hidung tersumbat 
• Bengkak di sekeliling mata dan dahi. Jika anda didiagnoskan dengan betul dan mengambil ubat rawatan yang diberi, simptom Sinusitis anda - seperti rasa sakit dan dedar, akan hilang. Anda akan bernafas dengan lega semula. 

RAWATAN RESDUNG

RAWATAN RESDUNG AKAN DIBERI KEPADA PESAKIT MENGIKUT PAKEJ TERHADAP TERUKNYA LENDIR SESEORANG KERANA SETIAP ORANG TIDAK SAMA TAHAP RESDUNG.

 

PAKEJ 1 (4 RAWATAN DALAM 1) - RM 80.00

PAKEJ 2 (5 RAWATAN DALAM 1) - RM100.00

PAKEJ 3 (6 RAWATAN DALAM 1) - RM125.00