Sejarah Berbekam Dalam Peradaban Manusia

Bekam menjadi semakin popular di kalangan atlet seluruh dunia termasuk atlet dari skuad USA yang dikatakan menjalani bekam sebagai langkah persediaan peringkat dunia. Di saat ini, ramai orang telah mula memberi perhatian di dalam kelebihan dan khasiat berbekam. Di sini mempunyai sejarah sedikit sebanyak perkongsian tentang bekam.

Bekam atau hijama merupakan suatu kaedah perubatan purba yang melangkaui zaman. Ianya telah dipraktiskan oleh pelbagai jenis kaum sejak dahulu lagi antaranya ialah kaum Ancient Egyptians, Greek, Arabs dan Africans. Ini menunjukkan bekam atau hijama telah wujud merentasi zaman peradaban manusia sehingga sekarang. Bekam masih dipraktis sehingga ke hari ini kerana ianya terbukti keberkesanannya. Bekam dapat melegakan kesakitan, meredakan bengkak, memperbetulkan fungsi dan memperbaik kesihatan. 

 

Melalui Sejarah Tamadun Islam

Tamadun Islam merupakan salah satu tamadun yang terawal dalam melakukan aktiviti bekam. Hal ini dapat dilihat dari zaman Rasulullah S.A.W lagi melalui  

1. Hadis Rasulullah S.A.W : -

“Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku di-Isra’kan, melainkan mereka (para malaikat) semua mengatakan kepadaku: “Hai Muhammad, Engkau harus berbekam.” 

(HR.Tirmidzi)

“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara: pertama dengan meminum madu (dengan obat herbal), kedua dengan berbekam/hijamah, dan ketiga dengan (terapi) besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku untuk melakukan pengobatan dengan besi panas.” 

(HR. Bukhari)

“Bahawa Rasulullah S.A.W berbekam di kepalanya”

(HR. Bukhari)

 

2. Kenyataan dari sahabat Rasulullah S.A.W :- 

Dalam Shahih Al-Bukhari, diriwayatkan bahawa Jabir bin Abdillah radhiyallahu anhu (sahabat Rasulullah S.A.W) memerintahkan seorang yang sedang sakit agar berbekam. Jabir datang menziarahi Muqanna’ yang sedang sakit, lalu beliau berkata: 

“Aku tidak akan meninggalkan engkau sampailah engkau berbekam, kerana aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: 

“Sesungguhnya padanya terdapat syifa’(penawar atau sarana kesembuhan).”

(HR. Bukhari)

 

Melalui Sejarah Tamadun Mesir Purba

Peradaban Mesir Purba meninggalkan ukiran hieroglyphic yang menjadi bukti kewujudan amalan bekam ini sejak 3500 tahun yang lalu. Kemudian terdapat juga tulisan Eber Papyrys tentang bekam di dalam buku perubatan yang ditulisnya seawal 1550 SM. 

 

Melalui Sejarah Tamadun Lain

Hippocrates dikatakan menggunakan amalan perbekaman pada sekitar 400 SM. 

 

Rujukan

https://www.thepatriots.asia/sejarah-bekam-sepanjang-berdirinya-tamadun-manusia/

http://www.ilmusunnah.com/hadis-hadis-berkaitan-praktik-bekam-nabi/