Kenapa perlu Berbekam jika kerap Sakit Kepala atau Migrain?

Jika anda sering sakit kepala, ia akan menyebabkan pekerjaan dan hidup anda sedikit sebanyak terganggu. Sakit kepala dipengaruhi pelbagai jenis faktor. Sama ada ia berpunca dari penyakit atau tekanan mental kepada pesakit. Antara jenis sakit kepala yang sering terjadi adalah : 

1. Sakit kepala tegang - Kerap kali pesakit akan berasa kepala seperti di tekan sehingga berasa sakit. Selalunya ia berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat, tekanan mental yang berterusan, sering kurang minum air atau dehidrasi, minum kafein berlebihan, kerap kali kurang tidur, minum minuman beralkohol dan melambatkan waktu makan. 

2.  Migrain - Migrain jarang terjadi berbanding dengan sakit kepala tegang. Pesakit yang mengalami migrain akan merasakan salah satu sisi atau kedua-dua sisi kepala seakan-akan berdenyut-denyut. Sakit kepala jenis ini dapat menganggu rutin seharian pesakit.

Bagi perubatan bekam, membuang darah kotor atau toksik adalah sangat berguna bagi menambah baik aliran darah yang bersih dalam badan. Setelah darah kotor dikeluarkan daripada badan, badan akan menghasilkan bekalan darah yang baru (fresh blood supply) bagi menggantikan darah kotor yang telah dikeluarkan. Selain daripada itu, berbekam juga dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Hal ini penting kerana pembentukan kolestrol didinding arteri dapat mengecilkan saluran darah serta secara langsung mengurangkan bekalan darah yang dapat disalurkan kepada seluruh badan. Untuk mencapai bekalan darah yang diperlukan oleh badan, jantung perlu bekerja lebih kuat dalam mengepam darah ke seluruh tubuh. Ini dapat membebankan jantung pula dan sangat tidak bagus kepada jantung. 

Dengan berbekam, hal diatas dapat dielakkan daripada terus berlaku. Apabila seluruh badan mendapat bekalan darah yang bersih dan mencukupi, organ-organ diseluruh badan dapat berfungsi dengan baik di tahap yang optimum. Dengan bekalan darah bersih yang mencukupi juga dapat mengurangkan atau menghilangkan masalah sakit kepala apabila organ dikepala dapat berfungsi pada tahap optimum dengan bekalan darah bersih yang mencukupi.